Friday 22 August 2008

Kutub Utara Kutub Selatan

"Kutub Utara dan Kutub Selatan"  

Apakah halnya my hubby create blog atas tajuk ni. Teringat lak cerita drama kutub utara dan selatan...... erm maybe sebab kami dipisahkan oleh laut china selatan? 
 

Bila tanya hubby ini explainationnya..... "terkenang kembali semasa zaman persekolahan,  bagaimana gembiranya kita kerana dapat bermain dengan magnet dan kuatnya tarikannya sampai wujud nama lainnya iaitu besi berani"



Ops what the hell i'm talking about.....



Hi... saya nenna or some of my close family and friends call me nen. This blog is dedicated by my beloved husband especially for me. My hubby create blog ni untuk saya merekodkan dan berkongsi dengan semua tentang salah satu hobi saya iaitu "collecting Fridge Magnet".  ya right.... saya minat sangat dengan Fridge Magnet, especially travellin Fridge Magnet malah saya rasa buat masa ini, saya dah tahap addicted to this hobby.


Saya mula mengumpul fridge magnet sejak awal 90an. Koleksi terawal fridge magnet klasik Coca-Cola yang mana saya beli di salah sebuah shopping complex di Kota Kinabalu.  Kenapa saya beli? maybe sebab ianya klasik ataupun sebab ianya Coca-cola. I'm crazy about coca cola too.

Fridge magnet pertama dengan imej klasik Coca-Cola

Sejak daripada itu, minat untuk mengumpul fridge magnet semakin bertambah apabila melihat fridge magnet ini mempunyai nilainya yang tersendiri. dengan bermula hanya dari satu fridge magnet klasik Coca-Cola, kini jumlahnya telah meningkat lebih kurang 300 fridge magnet. saya lebih menumpukan untuk mengumpul fridge magnet cenderahati terutama yang memaparkan nama negara asal fridge magnet tersebut namun fridge magnet yang sentiasa mendapat perhatian di mata adalah fridge magnet berbentuk selipar, tapak kaki dan tapak tangan.







Antara fridge magnet cenderahati (Souvenir fridge magnet) yang terdapat dalam koleksi

Antara fridge magnet yang menjadi pilihan saya (bentuk selipar,tapak kaki dan tapak tangan)


Alhamdulillah, hobi saya ini walaupun mungkin memakan belanja yang tidak kurang besarnya namun ia tetap mendapat sokongan daripada suami tercinta, keluarga dan rakan-rakan. 

No comments: