Friday 22 August 2008

Koleksi fridge magnet


Kebanyakan koleksi fridge magnet saya simpan di pejabat. yang jadi mangsa adalah papan notis bermagnet (magnet notice board). Penuh dengan kesemua koleksi dan setiasa mencuri perhatian setiap pengunjung ke ruang pejabat saya. malahan tidak kurang juga yang cuba mengikut jejak untuk mengumpul fridge magnet setelah melihat koleksi saya yang sedia ada dan ada juga rakan-rakan sekerja yang memberikan fridge magnet sekembalinya mereka berurusan atau bercuti sama ada di dalam atau luar negara.



Sebelum ini, saya tidaklah mengatur fridge magnet ini mengikut jenis dan negara. asal ada ruang, saya letak sahaja. Namun baru-baru ini saya mengemas pejabat (sebab idak pernah ubah suasana sejak masuk ke pejabat ini) dan mengambil kesempatan untuk mengemaskini susun atur fridge magnet sekurang-kurangnya mengikut jenis dan negara. Terima kasih juga kepada suami sebab sudi meluangkan masa cutinya untuk menolong kemaskan koleksi fridge magnet isterinya.



Rasanya pada masa akan datang, saya terpaksa menambah lagi papan notis yang lebih besar memandangkan koleksi akan bertambah. Insyaallah.



No comments: